.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, January 18, 2011

rahsia












Bismillah…

Sisi-sisi kehidupan…

Mungkin bukan semuanya kita zahirkan

Mungkin bukan semua harus kita bicarakan

Sesuatu yang disimpan dalam itu

Antara kita dengan Dia

Sungguh hanya Dia maha tahu akan isi hati

Makanya hanya Dia yang maha layak untuk menilai, memberi erti

Tetapi ada ketika bila hati berbicara

Hanya seseorang yang dapat meneka, mampu membaca

Bila wajah disiram hampa kecewa

Hanya ada seseorang yang cepat merasa, cepat melerai duka

Semoga yang Maha Kuasa terus menjaga, memilih juga memelihara

Jalan yang asing ini bukan semua mampu mengharunginya

Dan aku mahu terus bersama dengan dia demi Dia

Kerana akhirnya nanti segala duka itu adalah sebuah keindahan

Semua cinta itu suatu kedamaian

Aku bahagia ada dia

Kerana aku adalah rahsia dia

Dan dia… adalah rahsia aku

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






2 comments: