Bismillah…
“Kau jumpa wajahnya dulu sebelum hatinya”
Ya, setiap kali saya teringat atau terbacakan ungkapan penuh hikmah seorang atuk yang mendidik cucunya ini, saya pasti tersenyum. Si cucu begitu terpesona dengan kehadiran seseorang yang mula mengetuk pintu hatinya untuk dibuka seluas-luasnya buat dia, si gadis jelita. Bila cerita itu dikhabarkan pada atuk, pendengar dan penyokong setia, terus atuk menampar keras pipi cucu. Cucu sangat tertegun.
Aneh. Namun anak jantan tidak harus cengeng, lantas soalan kenapa dia diperlakukan begitu diajukan keras kepada sang atuk yang nampaknya sedikit melulu. Senang sahaja sang atuk menjawab…
“Kerana kau jumpa wajahnya dulu sebelum hati”
Kredit untuk Inche Irfan Sang Pelangi atas perkongsian bingkisan hidupnya yang turut banyak mendidik hati juga membentuk cara fikir saya hingga hari ini.
Ya, bicara hikmah almarhum Tok Aki yang sering beliau kongsikan sering membuatkan saya terdiam berfikir. Betapa hikmah itu kurnia Allah dan sungguh barang siapa yang dikurniakan nikmat itu telah dianugerahi Allah dengan kurniaan yang amat besar.
Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar, Walillahilhamdh…
Persoalan wajah, rupa paras sebelum hati itu sangat signifikan membuktikan bahawa hati itu besar pengaruhnya kepada pembentukan setiap individu.
Namun kini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Bila saya telah menemukan sekeping hati dahulu sebelum wajah yang empunya hati. Runsing. Bila hati saya juga mula membicarakan perkara-perkara diluar jangkauan saya yang tidak pernah saya fikirkan tetapi kini mula saya dambakan. Mungkin ini suatu ‘kegilaan’ yang patut saya hentikan sejak awal lagi.
Bila hati yang diberi pinjam pada saya tidak saya jaga juga pelihara sebaik-baiknya, saya bimbang Sang Pemilik akan ‘melantakkan’ saya semudahnya nanti. Tegarkah saya menanggung akibatnya?
Bila setiap mulut ditutup, bila setiap lidah dikunci dan bila setiap anggota yang lainnya dibiarkan berbicara… mana mahu disembunyikan wajah? Mana mahu disorokkan semua kelakuan jelek, bicara hodoh juga palsu penuh pura itu?
Jangan Engkau biarkan aku Tuhan, walau hanya dalam sekelip mata, atau dalam tempoh yang lebih singkat dari itu…
suke.. :))
ReplyDeletewow!! =)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam muna...
ReplyDeletesebenarnya dah komen kat atas. hihi
baru je balik klinik terus baca update muna. rakus betul hihi
hmm. bagi yana, untk diri yana sendiri la. yana akan fikir camni.
ini satu kegilaan. kamu betul
tapi kadang-kadang tu, mungkin Allah beri kita rasa itu untuk uji kita dapat mengawalnya atau terbawa-bawa dengan kegilaan kan?
dan yana selalu rasa, sabar itu kuncinya.
takut terlajak membaca sekeping hati, dan tersilap. kita kecewa. walau belum tahu wajahnya.
percaya itu berharap bukan? hanya Allah yang tahu membaca hati kita dan tahu mana yang terbaik buat kita. sabar. dan percaya Dia maha tahu dan akan beri yang terbaik buat kekasihnya yang terbaik mahu raih kashNya.
sebab itulah. murabbi selalu suruh baca buku said hawa itu kan, tazkiyatun nafs.
supaya jaga hati baik2.
luv n misyu soooooo much!!! sayang nak makan cokelat muna bagi. uwaaaa :)
lap: love u :)
ReplyDeletesemoga Allah jaga setiap urusan kita hingga akhirnya :))
angah: praise be to Allah. may He guide us and bless us :))
ReplyDeleteyq dtg main sini :))
yana syg:
ReplyDeletewahhh... jzkk...!!!
muna setuju ng yana :)
this part yg best :
"percaya itu berharap bukan? hanya Allah yang tahu membaca hati kita dan tahu mana yang terbaik buat kita. sabar. dan percaya Dia maha tahu dan akan beri yang terbaik buat kekasihnya yang terbaik mahu raih kashNya"
semoga Dia kurniakan kamu kebaikan dunia dan akhirat...
tq utk remindernya :)
pas ni kena cri juga said hawa :))
p/s: makan choc pls.. hehee
jam purple ok? heheee
muna cantik.this is fabulous! :) jzkk utk sharing.bila kita nak selisih kt uitm ni.
ReplyDeleteanis sayang: haiihh tu la... uitm kecik je kot... tpi sbb dh ramai sgt org heee
ReplyDeletehumm
mngkin bole date bila2 free :)) roger ya :)
waa.. nice entry.. thanks 4 the info.. :D
ReplyDeletecik doraemaon lurve:
ReplyDeletejazakillah... ^^ semoga bermanfaat. tq dtg main di sini :)