Bismillah…
Pernah tak in life, kamu cuba berbuat kebaikan, tetapi ada yangmendahului?
Contohnya, macam bila nak bayarkan untuk buah yang dibeli semasa menziarah saudara seislam, tetapi ada yang mandahului kamu daripada berbuat demikian? Siap lawan siapa bayar dulu dan tolak-tolak tangan dah macam gusti lengan dah…?
Pernah tak in life, kamu mahu berbuat kebaikan, berbuat pahala tetapi kamu tidak diberi peluang itu?
Contohnya, macam mahu bangun solat tahajud di hujung malam. Siap kunci alarm sampai dua, tiga dan set biological clock lagi untuk bangun seperti yang diharap-harapkan tapi tak dapat. Pernah?
Atau, pernah tak in life, kamu rasa macam sorang-sorang cuba buat sesuatu?
Jadi lost sebab tak tahu bagaimana dan keliru harus mula di mana sebab kamu sendiri belum sepenuhnya tegar dan kuat mengasingkan yang jahiliah dan yang islam dalam kehidupan sehari-hari.
Pernah tak terlintas dalam hati…
What if ada limited numbers untuk ke syurga Dia dan kita tak layak langsung even untuk ke syurga yang levelnya paling bawah?
What if kita rasa apa yang kita buat, usahakan di dunia ni mampu menyelamatkan kita; kita solat, puasa, bayar zakat dan tunaikan haji, tapi sebenarnya semua itu tak cukup untuk meraih syurgaNya yang serba mahal itu?
What if kita rasa macam kita dah bersama-sama dengan golongan yang berbuat kebaikan, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi tapi hujungnya di Mahsyar nanti kita dipisahkan dari mereka kerana sebenarnya kita tertipu dengan syaitan dan nafsu?
What if kita adalah hypocrite (munafik) tetapi kita tak sedar?
What if kita sangka kita dah berbuat baik tapi sebenarnya Dia tak terima hanya kerana ada sebesar zarah saja rasa tidak ikhlas dalam hati?
What if Dia tak sudi nak terima ibadah dan kebaikan yang kita nak buat sebab Dia memang tak butuhkan apa-apa pun dari kita?
Saya tak mampu nak elaborate banyak… mari kita tadabbur ayat-ayat ni:
“Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (5:16)
“Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.” (10:100)
“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah ‘salaam’.” (14:23)
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.” (35:32)
See?
Semua kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan hanya dengan seizin Dia. Mungkin part yang jahat tu saya tak mahu bahaskan sekarang sebab part paling penting, iaitu part nak buat baik aja dah banyak kali Allah mention hanya Dia saja yang akan bagi izin atau benarkan untuk benda tu jadi.
Even kita rasa macam hari-hari je kita buat baik. Solat, tolong kawan, hormat parents dengan lecturers, study dengan sungguh-sungguh… semua tu kita rasa macam kita punya efforts dan dengan itu kita dapat pahala dari Dia bila hakikatnya HANYA DIA yang MEMBENARKAN perkara itu berlaku. HANYA DIA yang MENGIZINKAN dan beri kita kekuatan juga kudrat untuk melakukan semua itu dan kita keep on thinking yang kitalah yang berusaha untuk semua itu berlaku.
Kesiannya kalau kita tertipu dengan semua tu… nauzubillah…
Still, tak banyak yang saya boleh suggest melainkan untuk kita terus meminta dan memohon setulus hati untuk Dia terus benarkan kita melakukan kebaikan sepanjang hidup kita dan may He regards all of our efforts as good deeds for Him to grant us with His Jannah…
Selain itu, satu perkara yang penting untuk kita selalu keep in mind, iaitu untuk selalu bersangka baik dengan Dia. Kemurahan dan rahmatNya mengatasi kemurkaanNya… kita minta, Dia akan sangat malu jika Dia tidak menunaikan apa yang kita mahu biar sepada atau dengan yang lebih baik daripada apa yang kita impikan.
Paling utama, kita MESTI MEMBENARKAN KEBAIKAN untuk berlaku dalam diri kita sebab, kita tak tahu if in the future kita dah tak berpeluang untuk melakukan kebaikan atau menerima kebaikan (hidayah) daripada Dia lagi sebab bila kebaikan tu datang, kita bersikap lengah, sambil lewa atau paling buruk, menolaknya pula… nauzubillah…
Satu perkara penting yang Kak Siti sampaikan dan sampai sekarang saya pegang dan semoga diizinkan sehingga nyawa saya diambil nanti…
“Kebaikan, kalau Allah nak bagi (in any form), kita harus terima”
Allah hu’Alam…
terima kasih untuk post yang begitu mengesankan jiwa raga saya sekarang. saya nak balik mesia. huhu. bukan boleh jumpa pun kalau balik kan. tp saya nak balik juga ambil aura2 yang boleh bagi semangat.
ReplyDeleteberebut nak bayar tu mcm habit murabbi saya je. kitorang bergusti2 lengan nak hulur duit..haha. tp dia la paling ganas. kelakar. apa pn saya sayang murabbi saya.. :) dia comel dan penyayang. maybe one day yana patut kenalkan dia pada muna..
Best sgt cik munna, especially bila awak highlight aprt "IZIN" tue. semuanya atas keizinanNya...
ReplyDeletepengkosian yang sangat berguna...thanks kak yana!..mintak nk share kat blog juga ya!...dengan niat kawan2 lain dpt iktibar dr apa yng kak sampaikan ni..insha Allah..
ReplyDeleteyana sayang:
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua atas kehendak Dia dan dgn izin Dia juga...
balik msia bpe lama ea?
sekejap je kot ye? semoga yana ok2 aja...
teringin jumpa cik murabbi anda heheee ^^ one fine day, inshaAllah...
oh, part berebut byr tu mmg perangai sisters kita... haishh, kena bg tangan fit supaya boleh menang 'gusti lengan' nanti hehe ^^
miss sheihk: hehee ^^ kak sitii...!!
ReplyDeleterindu kt kak even baru jumpa T____T huhuuu
jzkk kak atas semuanya :)) May Allah bless
love,
munnamu :)
dr - to - be: siti, boleh aja inshaAllah.
ReplyDeletesemoga bermanfaat :))
all the best utk future undertaking ya :)