.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, January 13, 2011

SALE...!




In The Name of Allah My Lord, My Everything.


Belakangan ini sebenarnya banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak. Sehingga saya tidak mampu untuk diam memikir, mentafsir dan mencerna (digest bak kata orang Banjar) semua itu. Poor me, andai semua itu saya anggap sebagai suatu perjalanan waktu sahaja. Astaghfirullah…


Iya, hidup ini suatu perjalanan. Tetapi bukan sekadar putaran masa untuk kita bersenang-senang dan bergembira dengan perkara yang kita sangka membahagiakan kita bila hakikatnya kita hidup untuk dunia ‘sana’ dan untuk sampai ke sana dan dengan kebahagiaan yang bukan palsu itu tidak mudah.


Ingatlah bila Dia berkata:


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)



Betul, orang yang sabar sahaja yang akan dikhabarkan dengan berita gembira. Sabar itu ada tiga.


First, sabar apabila menerima ujian.

Second, sabar dalam menolak maksiat dan kejahatan.

Third, sabar dalam melakukan ketaatan.


Humm, nampaknya case study yang Allah custom made-kan untuk kita datang bertubi-tubi, from every angle. Macam masa test untuk PTD hari tu, 7 papers non-stop in a row. Inche pengawas peperiksaan tu kata,


“Apa? Kau orang ingat senang nak jadi PTD? Hahh, duduk la dalam hall ni, jawab test sehari suntuk. Baru tau susah ke senangnya…”






Erks.

Anyway, apa yang inche tu cakap, bukan big deal pun. Malah agak terlari dari tajuk pembicaraan kita di awal entri ini tadi. Ya, ujian dan test sebagai tarbiah dari Dia. Banyak, pelbagai malah tak putus-putus ibarat Dia nak bagi tahu yang ------->

jangan ingat senang nak dapat tiket VVIP ke syurga idaman ya… bukan boleh dial bila isyarat memanggil dikeudarakan dan jadi pemanggil keenam puluh tujuh, then dapat pass masuk. No, no, no, no, nooo….


Tapisan demi tapisan dan cabaran demi cabaran mesti kita pass dengan cemerlang sebab hanya orang-orang yang betul-betul cool dan best saja ya yang dapat masuk. Adakah kita cukup cool dan cukup best pada mata atau pandangan dan nilaian Allah untuk mendapat rezeki yang mulia itu…?


Contohnya macam yang Dia bagi tahu kat bawah ni…


“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” ( Al-Waqiah 56: 10-14)



Kalaulah syurga tu ada limited entrance sahaja, macam mana? dah la Dia kata ‘…segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian..’


Ngaaa~


Cuak tak…? Just imagine umat manusia dari zaman Nabi Adam AS sampai lah ke zaman Nabi Muhammad SAW, ada berapa juta melon? Agak-agak, kita pass tak nak masuk list yang segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian tu?


Heee:b Cuak tak…? Memang nak bagi cuak pun… :b hahaa (tak tau kenapa gelak keji) tapi jangan risau, jangan bimbang… cuba baca yang bawah ni…


“Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al Qur'an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.” (Al-Waqiah 57:9)



Lega tak..? hehh… Maha Baik Tuhan kita, kan? Tinggal kita je nak ke tak nak…


Ayat-ayat’ tu ada dua bentuk… bukan ada dua aje ayat, okey…. Ni hah…

----------> Kalamullah… ayat-ayat suci Al-Quran, bicara Tuhan untuk kita sebagai manual dalam menjalani hidup

-------------------------------> Tanda-tanda kekuasaanNya supaya kita membuka mata dan melihat dengan hati, bukan untuk dibuat tak tahu aja, ya…


Guna dua-dua ‘ayat’ tu, inshaAllah, selamat dunia akhirat… Allah siap ajak lagi


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Ali Imran 3: 133)



Hahh, apa kita nak tunggu lagi? Mari kita cepat-cepat dan jangan lengah-lengah lagi. Bukan selamanya ‘SALE’ni Allah buat… masa hidup kat dunia ni lah kita nak terkejar-kejarkan semua tu… jangan sampai…


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid: 57: 16)



Akhirnya, mari rethink and reflect. Di mana kita sekarang dan apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan nanti…

Allah hu’Alam.



4 comments:

  1. hi salam.im your new follower!
    singgah my blog kalau free and follow my blog back k!

    http://myamigosspace.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. inche arip: salam2... will do inshaAllah
    thanks anyway :))

    hope u'll be benefited from this :)

    ReplyDelete
  3. yana syg: hope things ok2 aja semuanya :)

    ReplyDelete